Monday, October 12, 2009

UTM DUATHLON CHALLENGE 09

Akhirnya team Kakithon telah berjaya organize event ni yg diadakan pada sabtu lepas. Nasib baik acara diadakan waktu petang pukul 4. Ujan turun dgan lebat dari sebelah pagi sampai tengah hari. Respond dari peserta juga amat menggalakkan iaitu 15 peserta lelaki dan 5 org peserta perempuan yang mengambil bahagian. Hadiah yang disediakan juga cukup lumayan. Jadi memang tak rugi untuk sesiapa yang menang.

Black, aku, ong dan chan tiba pada pkul 3 untuk set up transition area & water station. Tempat race amat strategik jadi mudah utk kami tentukan route untuk berlari dan berbasikal. Terima kasih kepada supporters yang sanggup datang untuk memeriahkan acara petang tu..Congrats untuk Ong & Kakithoners sbb brsama menjayakan event pada hari tersebut.
Good job guys!!

Tepat pukul 4, acara bermula. boleh dikatakan semua peserta memecut laju pada 2km larian pertama. Laju jugak bdak2 ni lari..tak sampai 10 minit, peserta pertama sampai di transition. maka bermula la azab mereka berbasikal menaiki bukit KTGB. tapi bg yg slalo training, rasanya takde masalah kot. lagipun 10 km je..hehe

ape yg lagi susah adalah larian selepas berbasikal tuh..ade jugak peserta yg taknak sambung lari.. tp ktorg paksa gak. kalo tak abiskan kire korg sume DNF(did not finish) & tak dapat sijil.. nak taknak terpaksala dorg lari..

feedback yg kami dpt dr peserta amat memberangsangkan. setakat ni, takde lg compain yg kami dpt sepanjang event diadakan..cuma tempat race agak lengang dr laluan org ramai dan kami tak dpt mempromote sukan tersebut secara besar2an.. mungkin tahun depan, venue dapat ditukar dan berharap peserta akan bertambah ramai...

well done utk semua peserta!

0 comments: