Wednesday, August 25, 2010

Ketenangan..

Waktu dan masa cepat saja berlalu tanpa disedari mencerminkan bahawa kehidupan dunia ini sangat menyibukkan..Kita semua berharap bahawa di bulan Ramadhan atau bulan-bulan yang lain akan sentiasa mendapat ketenangan..Juga berharap bahawa setiap perkara dapat dipermudahkan olehNya.

Selak sahaja ruangan Metro setiap hari.. Ada je berita2 yang membuatkan aku geleng kepala.. Bapak pukul anak sampai mati.. suami pijak perut isteri yang sedang hamil..anak pukul bapa disebabkan perkara yg remeh temeh..apalagi kes-kes pembuangan bayi yang tidak berkesudahan menandakan kebanyakan manusia sudah hilang pertimbangan akal..Adakah terlalu tertekan dengan kehidupan duniawi sehingga tidak dapat mengawal amarah?..

Semua manusia bukanlah sempurna termasuk diri saya..Semoga diri ini sentiasa dilindungi dari perkara2 yang tidak diingini, kerana sabar dan solat dicipta sebagai kunci ketenangan dan perlindungan kita semua.. InsyaAllah...

0 comments: