Jelajah Trans-Selatan 2010 akan bermula Sabtu ini. Program ini dianjurkan oleh pelajar Kolej Perdana UTM bersama kerjasama empat kerajaan negeri (Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor)
"Program Trans-Selatan’10 adalah program kayuhan amal anak merdeka 1 malaysia jelajah selatan yang dilakukan untuk mengumpul dana yang akan disumbangkan kepada Palestin melalui kerjasama Viva Palestin Malaysia (VPM) disamping mendokong kempen Sustainable Campus oleh Naib Canselor UTM, Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini Bin Ujang. Progam ini dapat mendedahkan mahasiswa kepada cabaran dan aktiviti lasak selaras bagi memantapkan mahasiswa menghadapi cabaran berkerjaya. Program ini dijalankan selama 10 hari dan dirancang, dianjur serta dilaksana sepenuhnya oleh para pelajar UTM dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar, UTM. Proses pengurusan ini akan mampu mengukuhkan kemahiran generik dengan pengalaman yang diperoleh untuk memantapkan kualiti dan nilai kepemimpinan serta kerjasama sebagai suatu persediaan sebelum melangkah ke bidang pekerjaan."
Aku dan Black bertuah kerana masih ada tempat untuk kami bersama menjayakan Program ini. Latihan Long distance telah bermula beberapa minggu lepas dan kami sempat berlatih bersama.
Perasaan agak nervous but at the same time feel so excited to start this adventure. Ini adalah kali pertama aku akan berkayuh paling jauh 4 hari berturut-turut bermula dari KL sampai ke JB..Sebelum ini pernah juga terlibat dengan Kayuhan di Thailand dan Program Jom kayuh yang hanya berlangsung 2 hari..
If I can complete this task perfectly without injury, it’s gonna be my next best personal achievement after “The 100 hour Non Stop Relay Run Malaysia Book Record” (also without injury).
P/s : Nasib baik la cuti dah approve.
Tentatif Trans-Selatan :
Ahad : Majlis Perasmian dan Perlepasan Perjelahan.
Kayuhan bermula dari Universiti Teknologi Malaysia Antarabangsa ke Port Dickson
Isnin : Kayuhan dari Port Dickson ke Melaka
Selasa : Kayuhan dari Melaka ke Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat
Rabu : Kayuhan dari batu Pahat ke UTM, Skudai.
Selamat Berjaya kepada semua peserta yang terlibat.
Semoga program dan kayuhan berjalan lancar.
0 comments:
Post a Comment